Thursday 20 October 2011

PENDAHULUAN

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamuaikum.......

Laman ini dibangunkan bertujuan bagi memenuhi kehendak subjek CMT3112(Sejarah Media Baru).Subjek Sejarah Media Baru merupakan subjek wajib bagi pelajar semester 5 elektif Multimedia Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan,Universiti Malaysia Kelantan.
      Bagi Subjek Sejarah Media Baru (CMT3112) ini diajar oleh En.jasni bin Dollah. Estetika, strategi, trend dan aspirasi sosio-budaya merupakan peranan yang penting yang dititikberatkan oleh Sejarah Media Baru dalam membantu penghasilan karya Seni Digital. Latihan-latihan yang bakal diberi akan berpandukan kepada perkembangan sejarah media baru dan kesesuaian penggunaan teknologi dalam menghasilkan karya seni digital.


TUGASAN 1
MAKSUD MEDIA BARU DALAM KONTEKS SENI DIGITAL.
   Sejarah merupakan sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lampau berdasarkan fakta-fakta ataupun bukti-bukti melalui lukisan-lukisan di dinding gua yang menunjukkan anusia telah lama wujud.Media telah lama wujud dan kini diperbaharui menggunakan teknologi yang canggih.


      Media baru adalah istilah yang dimaksudkan untuk mencakup kemunculan digital, komputer, atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi di akhir abad ke-20. Sebahagian besar teknologi yang digambarkan sebagai “media baru” adalah digital. Teknologi digital ini  seringkali memiliki sifat dapat dimanipulasi, bersifat jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak berpihak pada mana-mana pihak.Contoh media baru adalah seperti internet, website, komputer multimedia, permainan komputer, CD-ROMS, dan DVD. Sebaliknya  Media baru bukanlah televisyen, filem, majalah, buku, atau publisiti yang berasaskan kertas.
     Kamus Oxford English Dictionary(2003), menyifatkan media baru sebagai kaedah elektronik untuk berkomunikasi atau menyalurkan maklumat. Ensiklopedia bebas Wikipedia (2009) pula menyatakan istilah media baru sebagai menerangkan fenomena kewujudan teknologi digital untuk menyalurkan maklumat dan berkomunikasi. 
      Sejarah media baru di Malaysia wujudnya dengan kemunculan media cetak iaitu surat khabar. Media cetak menjadi sumber maklumat kepada masyarakat. Kemudian, media elektronik muncul dengan kehadiran radio, televisyenpermainan komputer seperti Playstation, komputer riba dan komputer peribadi, telefon bimbit dan lain – lain.
    Medium media baru yang menghasilkan karya seni digital ialah komputer samada komputer meja mahupun komputer riba.  Komputer peribadi berfungsi sebagai alat bantu kerja. Salah satu fungsi komputer peribadi ialah pengolahan digital grafik. Komputer merupakan media elektronik dalam menghasilkan karya seni digital dengan menggunakan perisian yang dipasang dalam komputer. Sebagai contoh salah satu perisian yang menghasilkan karya seni digital ialah Adobe Photoshop. 



Medium dalam penghasilan seni digital.
Seni digital ialah seni yang dicipta menggunakan komputer didalam bentuk digital. Seni digital sepenuhnya dihasilkan menerusi komputer seperti fraktal, atau seperti sumber lain seperti gambar di imbas atau dilukis menggunakan perisian grafik vektor.
   kesannya pada industri penyiaran: Pada asalnya peralatan profesional audio dan video terdapat distudio rakaman dan dibahagian penyiaran televisyen. Perubahan telah berlaku kepada peralatan tersebut, dimana sistem-sistem yang lebih professional telah digunakan untuk pengeditan filem secara digital. Maklumat yang terhasil juga disiarkan melalui kaedah penyiaran yang sedia ada seperti kabel, satelit, dan pengimbas maklumat kepada pengguna melalui rangkaian komputer.






TUGASAN 2
Huraikan tentang Sumbangan Teknologi Appel Komputer dalam Penghasilan Karya Seni.


Apple komputer merupakan ciptaan usahawan yang berbangsa amerika syarikat iaitu steven paul jobs.
Apple komputer telah memberi banyak sumbangan kepada pangkarya-pengkarya diseluruh dunia untuk menghasilkan karya yang bermutu dan berkualiti. Komputer apple merupakan komputer yang mahal dan merupakan komputer intepersonal. Komputer ini banyak membantu dalam menyiapkan filem, animasi, montaj, permodelan grafik dan sebagainya. Komputer ini mempunyai keistimewaan yang estetik.


     Sumbangannya ialah boleh digunakan dalam pembangunan permainan komputer. Selain itu penggunaan ipod sangat popular pada masa sekarang. Golongan yang mementingkan aplikasi dan penggunaan yang mudah akan memilih produk keluaran apple. Diantara produk -produk Apple Inc ialah:

  • Komputer Macintosh telah berkembang kepada beberapa model seperti komputer meja, iMac, komputer riba iaitu MacBook.





  • Ipod diperkenalkan pada tahun 2001 berfungsi sebagai pemain muzik digital. Antaranya Ipod Match MP3 yang lengkap dengan skrin sentuh.

 
  • iTunes Store telah dilancarkan pada tahun 2003 merupakan kedai maya Apple yang menjual muzik, filem, dan program televisyen untuk komputer, telefon serta keluaran Apple.

TUGASAN 3
Huraikan tentang Kesan Penggunaan Media Baru Dalam penghasilan Karya dari Sedi Idea, Rekaan, Tiruan dan Hakmilik.
Media baru merupakan kaedah elektronik untuk berkomunikasi atau menyalurkan maklumat. Ia juga membantu dalam proses menyampaikan idea-idea. Kemunculan media cetak merupakan penyumbang utama dalam membantu proses penghasilankarya dari segi idea. Sebagai contoh, majalh-majalh ilmiah , surat khabar dan lain-lain membantu pengkarya-pengkarya dalam mendapat idea untuk menghasilkan karya seni digital grafik yang artistik. Manakala media elektronik yang semakin berkembang pesat iaitu iklan di program televisyen , klip video, poster dan lain-lain membantu pengkarya menghasilkan idea yang kreatif.

     Komputer peribadi merupakan salah satu medium media baru dalam penghasilan karya seni dari segi rekaan. Salah satu fungsi komputer peribadi dalam dunia seni ialah sistem pengolahan digital grafik. Sebelum ini, pereka menggunakan kaedah grafik manual kemudian pereka-pereka menggunakan komputer peribadi dalam menghasilkan rekaan digital grafik yang mempamerkan rekaan  yang bermutu dan kreatif yang kemudiannya dicetak. Selain itu, pengolahan audio dan video secara digital mempamerkan rekaan yang canggih dan moden dengan penggunaan perisian-perisian tertentu yang dipasang dalam komputer. Dlam menghasilkan animasi 3 dimensi yang menarik, pengkarya menggunakan teknologi komputer dalam mencipta sesuatu model dengan menggunakan perisian Autodesk MAYA.

    Walaubagaimanapun, penghasilan karya dari segi tiruan pula mendatangkan kesan yang negatif melalui proses penghasilan karya seni yang berkualiti. Rekaan-rekaan pengkarya yang dipaparkan di dalam salah satu medium media baru iaitu internet akan disalahgunakan oleh sesetengah pengguna internet yang mengambil kesempatan atas rekaan tersebut dan menjadikan rekaan itu sebagai hakmilik cipta mereka. Oleh itu , setiap pengkarya haruslah mendaftar pattern rekaan untuk mengelakkan setiap rekaan akan diambil kesempatan oleh pengguna internet sesuka hati. Hakmilik cipta pengkarya seni akan dilindungi di bawah Akta Hk Cipta 1987 jika telah mendaftar pattern masing-masing.
      Kesimpulannya, media membawa banyak manfaat kepada masyarakat tetapi terdapat juga kesan buruknya kepada masyarakat.

TUGASAN 4
Pilih 2 medium dalam teknologi baru yang paling anda suka  yang paling berkesan untuk meyampaikan sesuatu idea atau karya.

E-MEL 
Mel elektronik, biasanya dipanggil e-mel atau e-mel, kaedah bertukar-tukar mesej digital daripada seorang pengarang kepada satu atau lebih penerima. E-mel yang moden beroperasi di seluruh internet atau rangkaian komputer yang lain. Sesetengah sistem e-mel awal yang diperlukan bahawa pengarang dan penerima kedua-duanya berada dalam talian pada masa yang sama, bersama-sama dengan mesej segera. Sistem e-mel hari ini adalah berdasarkan model kedai dan ke hadapan. Pelayan e-mel menerima, ke hadapan, menghantar dan menyimpan mesej. Sama ada pengguna atau komputer mereka perlu berada dalam talian pada masa yang sama, mereka hanya perlu menyambung secara ringkas, biasanya untuk pelayan e-mel, selagi ia mengambil masa untuk menghantar atau menerima mesej.Originally teks sahaja (7-bit ASCII dan lain-lain) medium komunikasi, e-mel telah dilanjutkan untuk menjalankan lampiran kandungan multi-media, satu proses yang dipiawaikan di dalam RFC 2045 melalui 2049. Secara kolektif, RFC ini telah datang dipanggil Internet Mail Extensions Serbaguna (MIME).
     E-mel merupakan antara aplikasi yang membolehkan pengamal perhubungan awam berkomunikasi dengan pelanggan dalam bentuk mesej elektronik. Aplikasi e-mel ini digunakan secara meluas dan membenarkan komunikasi dua hala dapat dijalankan dengan cara yang pantas dan lebih sesuai untuk penulisan yang ringkas.
Menurut Rambeau (2005) pengamal perhubungan awam organisasi perlu mempunyai e-mel rasmi untuk memudahkan mereka berhubung dengan publik dalaman dan luaran bagi tujuan penjelasan lanjut, menerima aduan atau mengemukakan pandangan. Antara kaedah penggunaan e-mel yang di cadangkan untuk pengamal perhubungan awam ialah;
      Akaun atau alamat e-mel yang diperuntukkan oleh organisasi sahaja yang sepatutnya digunakan untuk urusan rasmi. Format iaitu setiap e-mel mestilah mengandungi rujukan fail, tarikh dan logo rasmi. Penggunaan huruf besar kandungan e-mel dianggap tidak beretika. Pastikan bahawa subjek dan kandungan e-mel adalah berkaitan perkhidmatan organisasi. Mengelakkan dari membuka e-mel daripada penghantar yang tidak diketahui atau diragui untuk mengelakkan e-mail syarikat dicerobohi atau mendapat virus akibat perbuatan publik yang tidak bertanggungjawab. Mengenal pasti identiti dan mengesahkan identiti sebelum meneruskan komunikasi dan transaksi maklumat melalui e-mel. Penyimpanan e-mel rasmi yang dihantar atau diterima hendaklah disimpan mengikut tatacara pengurusan sistem fail elektronik organisasi. Penggunaan e-mel sebagai saluran komunikasi kini dianggap penting dan menjadi kemestian terutamanya dalam menjalankan urusan rasmi. Dengan pendaftaran dan perkhidmatan internet oleh syarikat telekomunikasi, ia mempermudahkan bukan sahaja organisasi untuk mendaftar dan memperolehi akaun internet malah individu juga. Namun, infrastruktur e-mel di dalam organisasi perlu dikaji untuk mengatasi masalah penghantaran, keselamatan dan kesahihan kandungan e-mel untuk mengelakkan kesan negatif terhadap imej organisasi.

INTERNET
Internet adalah sistem global rangkaian komputer yang menggunakan suite protokol Internet piawai (TCP / IP) untuk berkhidmat berbilion-bilion pengguna di seluruh dunia. Ia adalah satu rangkaian jaringan yang terdiri daripada berjuta-juta swasta, awam, akademik, perniagaan, dan rangkaian kerajaan tempatan untuk skop global, yang dihubungkan dengan pelbagai luas teknologi rangkaian elektronik, wayarles dan optik. Internet membawa pelbagai besar sumber maklumat dan perkhidmatan, seperti berkaitan antara hiperteks dokumen World Wide Web (WWW) dan infrastruktur untuk menyokong mel elektronik.

     Pada masa ini, dilaporkan bahawa terdapat kira-kira 25 juta orang yang mengaplikasikan internet di serata dunia dan angka ini dijangka bertambah pada kadar 15 peratus sebulan.
Perkembangan ICT telah membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan internet dalam aktiviti perhubungan awam. Bilangan pengguna dan kepentingan penyaluran maklumat dan perkhidmatan dengan kadar segera meningkat dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, pengurusan internet yang tidak terkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat. Justeru, perlindungan keselamatan yang bijak perlu diwujudkan dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan (Hill dan Welch, 2006). Bagi pengamal perhubungan awam dalam usahanya menuju ke arah pemodenan pentadbiran telah melihat internet sebagai satu platform untuk penambahbaikan perkhidmatan yang disediakan. 
    Melalui perkembangan ICT telah membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan internet dalam aktiviti perhubungan awam. Bilangan pengguna dan kepentingan penyaluran maklumat dan perkhidmatan dengan kadar segera meningkat dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, pengurusan internet yang tidak terkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat. Justeru, perlindungan keselamatan yang bijak perlu diwujudkan dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan (Hill dan Welch, 2006). Bagi pengamal perhubungan awam dalam usahanya menuju ke arah pemodenan pentadbiran telah melihat internet sebagai satu platform untuk penambahbaikan perkhidmatan yang disediakan. 
   Penggunaan internet telah mencetuskan perpindahan teknologi tradisional kepada era digital yang menakjubkan. Untuk menjengah maklumat terkini dalam apa jua aspek, pengguna internet hanya perlu menggunakan hujung jari dan menekan kata kunci pada papan kekunci. Di perkampungan global inilah manusia bertukar-tukar informasi dan perkhidmatan tanpa mengira perbezaan warna kulit, bangsa mahupun ideologi. Secara ringkasnya menurut Holtz (1996), kecanggihan teknologi ini dapat mempermudah komunikasi dua hala sesama manusia dan negara. 

   Selain itu, penggunaan internet amat berkesan dalam menyampaikan sesuatu idea seperti :

 
Pendidikan dalam Internet


Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut.

Perniagaan dalam Internet
Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara iaitu memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik. Kedua mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan.Dari sini kita boleh melihat cara idea yang digunakan untuk penyampaian menggunakan internet.

Perubatan dalam Internet
Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. Hospital maya sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam Internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa yang dinamai sebagai eleperubatan Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik pembedahan.
   Hal ini, internet sememangnya penting dalam pelbagai aspek untuk memberi idea atau karya yang berkesan.


1 comment: